Monday, October 11, 2010

Kau dan dunia.

Teringatkan kau satu masa dulu. Semasa kau masih muda, bodoh dan penakut. Semasa dunia kau rasa seolah musuh utama. Kau benci segalanya, kau benci diri sendiri, kau benci keluarga, kau benci teman teman, kau benci Tuhan, kau benci agama.

Kau rasakan yang kewujudan kau disini seolah tidak berguna. Kau takut dengan dunia. Kau jatuhkan hukuman, penjarakan diri menunggu mati.

Berteman dinding saban hari dan kau mengerti. Kelakuan kau selama ini jijik sekali. Kau keluar menghadapi, kau terokai dan kau mencari. Barulah kau tahu dunia ini indah sekali.


1 comment: