Saturday, October 16, 2010

Tuesday, October 12, 2010

Vokalis kegemaran.





Vokalis kerinting band power violence yang bernama Akhdan. Dah lama tak jumpa dia ni semenjak dia pulang ke kampung halaman. Berusia 31 tahun dan masih bujang. Walaupun sudah berusia 31 tahun tetapi paras rupanya seperti umur belasan, tidak seperti Khairul Azizi. Email aku untuk mendapatkan nombor telefon, email, nick di Facebook, Myspace dan Adultsocialnetworking.com

Monday, October 11, 2010

Pengikut blog yang pertama.



Tahniah kepada pengikut blog aku ini yang pertama iaitu Khairul Azizi yang juga seorang blogger terkenal. Berikut akan aku ceritakan serba sedikit mengenai Khairul Azizi.

Khairul Azizi berumur 26 tahun, dilahirkan pada tahun 1984. Walaupun baru berusia 26 tahun, ramai yang beranggapan usianya mungkin lebih dari itu. Mungkin kerana rupanya yang nampak lebih dewasa dari yang sepatutnya. Namun begitu Khairul Azizi mempunyai lesung pipit yang amat dalam sekali dan juga renungan mata yang tajam sekali yang mampu membuatkan orang tertanya tanya "budak ni samseng ke?. Namun anggapan seperti itu meleret sama sekali kerana Khairul Azizi ini seorang yang bersopan santun dan penuh dengan tata susila.

Khairul Azizi berasal dari Simpang Pulai, Merlimau, Melaka. Boleh dikatakan sekampung dengan aku kerana datuk dan nenek aku juga menetap di Merlimau. Oleh kerana jarak rumah datuk aku dan rumah khairul Azizi ini tidak begitu jauh. Apabila pulang ke kampung aku jarang sekali melepaskan peluang untuk bertemu Khairul Azizi. Menggunakan motosikal berjenama Honda EX5 Class, Khairul Azizi akan mengambil aku dirumah datuk untuk bersiar siar atau berjumpa rakan rakan yang lain.

Sebagai seorang yang pemurah dengan senyuman sinisnya, Khairul Azizi amat disenangi oleh rakan rakan. Teman baiknya yang juga musuh ketatnya yang dikenali sebagai Mohd Syahir ataupun lebih mesra dengan panggilan SS (Syahir Syihat) juga mengakui Khairul Azizi senang didampingi.

Aktif dalam mengelola acara gigs disekitar Melaka. Khairul Azizi juga amat senang sekali menjadi penunjuk arah dan juga penghibur kepada mereka mereka yang datang dari luar negeri Melaka.

Khairul Azizi pernah menganggotai beberapa buah band hc/punk tempatan antaranya ialah Terrorist By Default, Combat 84, Ayer Molek Noise Project dan juga sebuah band yang masih aktif tetapi masih belum berpeluang membuat persembahan dimana mana acara gigs iaitu Grind Damage. Kesemuanya sebagai vokalis. Muzik pilihan Khairul Azizi terdiri dari aliran muzik grind dan juga screamo. Tidak dapat dipastikan jika Khairul Azizi berencana atau dalam diam menubuhkan band yang mengikut aliran screamo.

Selain aktif didalam band, Khairul Azizi juga seorang editor untuk sebuah zine yang bernama Bebal Zine. Bebal Zine ini adalah antara zine zine yang aktif di Malaysia pada ketika ini. Bebal Zine adalah sebuah zine politikal yang menitik beratkan etika DIY. Khairul Azizi juga merupakan pemilik blog Catatan Si Bebal (http://khairulazizi.blogspot.com). Diblog ini Khairul Azizi banyak mengulas mengenai buku buku dan film. Disamping ulasan ulasan tersebut juga terdapat penulisan tentang politik dan juga isu di dalam scene hc/punk tempatan.

Sekian serba sedikit mengenai Khairul Azizi. Terima kasih.

.





Dulu aku tengok kau kecil comel je rasa nak cubit cubit pipi kau. Tapi sekarang dah rasa nak buat benda lain pula. :P

Kau dan dunia.

Teringatkan kau satu masa dulu. Semasa kau masih muda, bodoh dan penakut. Semasa dunia kau rasa seolah musuh utama. Kau benci segalanya, kau benci diri sendiri, kau benci keluarga, kau benci teman teman, kau benci Tuhan, kau benci agama.

Kau rasakan yang kewujudan kau disini seolah tidak berguna. Kau takut dengan dunia. Kau jatuhkan hukuman, penjarakan diri menunggu mati.

Berteman dinding saban hari dan kau mengerti. Kelakuan kau selama ini jijik sekali. Kau keluar menghadapi, kau terokai dan kau mencari. Barulah kau tahu dunia ini indah sekali.


Saturday, September 4, 2010

Testing 123

Ini adalah kali pertama menulis untuk blog. Sila beri tunjuk ajar.